Koleksi : Penjelajah - Outtakes
Petikan dari buku "Berkenaan Aturan Pemikiran Seni Tanpa Nisbi melalui Cara Pengasingan Mutlak, atau Persembahan Niskala dari Rumpun Terpilih dalam Perjuangan untuk Penemuan". Adhicipta (M) Sdn Bhd. Semua Hakcipta Terpelihara. Artwork/XHTML © 2006-2008 Troka Estate. [All Rights Reserved]
Thursday, June 05, 2008
Wednesday, June 04, 2008
Damai IX (Diam Bhg. 2)
Waktu itu aku terlupa akan siapa diri ku ini
Ku tiada mendengar suara
Yang telah ku tawan pergi
Dan di dalam aku terasa ditebuk
Dan di situ tidak ada isinya
Di situ tidak ada sesiapa
Kalaulah ku tahu dan semuanya belum bersiapan
Adapun sepersalinan
Di situlah kita tertawa dan aku tidak duduk
Apakah ada maksud di pesanan
Dan terkilan barangkali ditidurkan
Yang ku tawan tidak melupai Mu
Beriring doa dan Al-Fatiha
Sedekah buat perjalanan
Di situlah aku memohon sekadar ampun
Dalam diam aku terasa jari ku
Walaupun tidak ada yang mudah
Pada takdir kembali berserah
Ku tiada mendengar suara
Yang telah ku tawan pergi
Dan di dalam aku terasa ditebuk
Dan di situ tidak ada isinya
Di situ tidak ada sesiapa
Kalaulah ku tahu dan semuanya belum bersiapan
Adapun sepersalinan
Di situlah kita tertawa dan aku tidak duduk
Apakah ada maksud di pesanan
Dan terkilan barangkali ditidurkan
Yang ku tawan tidak melupai Mu
Beriring doa dan Al-Fatiha
Sedekah buat perjalanan
Di situlah aku memohon sekadar ampun
Dalam diam aku terasa jari ku
Walaupun tidak ada yang mudah
Pada takdir kembali berserah
Damai VII dan VIII
Ini semua erti kejayaan - Inilah jihad mu
Biar apa yang dikatakan
Memangnya mati senang-senang
Ini semua erti kekayaan - Inilah rezeki ku
Biar apa yang dibisikkan .... menangnya
Ku berdiri di tanah pusaka ku
Daku berada di lembah kesedaran
Di sini tiada peluru
Di sini tiada senjata
Hanya kejujuran menjajah
Orang berlindung di balik rimbunan pepohon hijau
Menghidu keamanan
Maksiat tidak menoda, di sini tiada penjara
Hanya kejujuran menawan
Biar apa yang dikatakan
Memangnya mati senang-senang
Ini semua erti kekayaan - Inilah rezeki ku
Biar apa yang dibisikkan .... menangnya
Ku berdiri di tanah pusaka ku
Daku berada di lembah kesedaran
Di sini tiada peluru
Di sini tiada senjata
Hanya kejujuran menjajah
Orang berlindung di balik rimbunan pepohon hijau
Menghidu keamanan
Maksiat tidak menoda, di sini tiada penjara
Hanya kejujuran menawan
Damai V dan VI
Semanis kita berdua
Hinggalah buta selamanya
Meskipun gejala di mana-mana bebas
Ramai yang sakit dan runsing sementara pulih
Semanis tika berdua, kita lupa bersedih
Tak kesudahan, tak ku menyesal
Meski punya hak, punya hak dan kasih kepadanya
Semakin jauh, lebih di fikiran
Jalannya jauh tak semana pun
Jenayah-jenayah peperangan memangnya subjektif
Manusia yang menentukan berfikiran negatif
Sedang asyik kau bertikai, nyawa korban meningkat,
Seandainya berdamai mengakui kata sepakat
Apakah perlu senjata-peluru?
Menempur melulu semua
Kononnya terharu melihat terrorisme
Hinggalah buta selamanya
Meskipun gejala di mana-mana bebas
Ramai yang sakit dan runsing sementara pulih
Semanis tika berdua, kita lupa bersedih
Tak kesudahan, tak ku menyesal
Meski punya hak, punya hak dan kasih kepadanya
Semakin jauh, lebih di fikiran
Jalannya jauh tak semana pun
Jenayah-jenayah peperangan memangnya subjektif
Manusia yang menentukan berfikiran negatif
Sedang asyik kau bertikai, nyawa korban meningkat,
Seandainya berdamai mengakui kata sepakat
Apakah perlu senjata-peluru?
Menempur melulu semua
Kononnya terharu melihat terrorisme
Thursday, June 01, 2006
Damai IV
Orang resah berkasih
Imannya lenyap, rasa berahi
Meskipun luarnya masih membatu menyedari
Yang menitis mengalir
Subur bumi ini
Berhembus segala nasib, berdoalah
Prasngka mu tak menghiraukanya
Pada diri sendiri tanyalah "Mengapa hilangnya harga diri?"
Imannya lenyap, rasa berahi
Meskipun luarnya masih membatu menyedari
Yang menitis mengalir
Subur bumi ini
Berhembus segala nasib, berdoalah
Prasngka mu tak menghiraukanya
Pada diri sendiri tanyalah "Mengapa hilangnya harga diri?"
Tuesday, May 30, 2006
Damai III (Diam Bhg. 1)
Waktu fajar menyingsing pagi
Diakhiri gema ayat-ayat suci
Ku dengar suara nenek di hujung telinga ku
Sayup menyanyikan lagu
Rangkap demi rangkap
Sekali lagi khatam terucap
Di situ aku diam
Hari mulai tinggi
Keringat di dahi ku keringkan dengan telapak tangan
Diam membisu - Suara batu
Di hati terasa seolah mengecil, menguncup layu
Diri ku bagaikan objek
Disanjung di waktu perlu
Dilupakan sejenak aku mula mencurah isi hati ku
Apakah di sini diamnya bahagia, di balik segala kepura-puraan?
Waktu malam masanya tiba
Hanya bintang dan purnama menerang alam di kala ada
Meyakinkan diri kembali, diri yang hilang tak keharuan
Kiranya kini ku buka mata ku
Ku lihat malap semesta, ku lihat muram segala
Ku rasa dingin di dada
Apakah benar rasanya atau hanya perasaan ku sahaja?
Di sini diamnya bahagia
Bahagia di sini diam
Atau diam bahagia di sini
Walau apa dan bagaimanapun
Telah pasti pilihan ku
Biarkan saja aku berdiam
Berdiam menurut detik
Waktu senja menyusul lagi
Suara terdenagr berteriak "Sudah...."
Sudah memang ini waktunya untuk kita pulang
Pulangnya aku membawa kelu di dada yang pilu
Merayu pada ibu, mengadu nasib ku
Sayup ku dengar bisikan rindu
Yang ku hiraukan selama ini tiada lagi menghantui kalbu
Di kala aku pulang....
Pergi.... pergi buat selama-lamanya
Diakhiri gema ayat-ayat suci
Ku dengar suara nenek di hujung telinga ku
Sayup menyanyikan lagu
Rangkap demi rangkap
Sekali lagi khatam terucap
Di situ aku diam
Hari mulai tinggi
Keringat di dahi ku keringkan dengan telapak tangan
Diam membisu - Suara batu
Di hati terasa seolah mengecil, menguncup layu
Diri ku bagaikan objek
Disanjung di waktu perlu
Dilupakan sejenak aku mula mencurah isi hati ku
Apakah di sini diamnya bahagia, di balik segala kepura-puraan?
Waktu malam masanya tiba
Hanya bintang dan purnama menerang alam di kala ada
Meyakinkan diri kembali, diri yang hilang tak keharuan
Kiranya kini ku buka mata ku
Ku lihat malap semesta, ku lihat muram segala
Ku rasa dingin di dada
Apakah benar rasanya atau hanya perasaan ku sahaja?
Di sini diamnya bahagia
Bahagia di sini diam
Atau diam bahagia di sini
Walau apa dan bagaimanapun
Telah pasti pilihan ku
Biarkan saja aku berdiam
Berdiam menurut detik
Waktu senja menyusul lagi
Suara terdenagr berteriak "Sudah...."
Sudah memang ini waktunya untuk kita pulang
Pulangnya aku membawa kelu di dada yang pilu
Merayu pada ibu, mengadu nasib ku
Sayup ku dengar bisikan rindu
Yang ku hiraukan selama ini tiada lagi menghantui kalbu
Di kala aku pulang....
Pergi.... pergi buat selama-lamanya
Sunday, May 28, 2006
Damai II
Bisikan daun yang dihembus angin
Membawa seribu kata dingin
Cubalah dengar dongengannya
Mungkin ada pengajaran di sebaliknya
Damai dalam erti kata lain
Mungkin di dalam mesin
Cubalah dengar gemanya
Kala dimatikan kekuatannya
Di sini ada ku dengar
Kisah hujan peluru
Kisah banjir api
Kisah badai di gurun
Nyawa yang hangus beribu
Jiwa yang pupus begitu
Damai dalam erti kata lain
Mungkin di dalam batin
Cubalah dengar hati mu
Kala bersendirian kamu
Membawa seribu kata dingin
Cubalah dengar dongengannya
Mungkin ada pengajaran di sebaliknya
Damai dalam erti kata lain
Mungkin di dalam mesin
Cubalah dengar gemanya
Kala dimatikan kekuatannya
Di sini ada ku dengar
Kisah hujan peluru
Kisah banjir api
Kisah badai di gurun
Nyawa yang hangus beribu
Jiwa yang pupus begitu
Damai dalam erti kata lain
Mungkin di dalam batin
Cubalah dengar hati mu
Kala bersendirian kamu
Friday, May 26, 2006
Damai I
Falsafah meraih jalanan
Falsafah yang tak menentu
Babi-babi girang berbunyi
Umat berlindung di balik dewaan
Seakan Nusa Dewata
Kepada kaum yang melayu
Kata nenek moyang merayulah
Pulangnya aku bersama kelu di dada
Di kala wawasan begini
Hidup kita di "Bandar Syurga"
Tapi babi turut menari
Ku harungi hari demi hari
Tapi bahawasanya pucuk damai berada di sini
Falsafah yang tak menentu
Babi-babi girang berbunyi
Umat berlindung di balik dewaan
Seakan Nusa Dewata
Kepada kaum yang melayu
Kata nenek moyang merayulah
Pulangnya aku bersama kelu di dada
Di kala wawasan begini
Hidup kita di "Bandar Syurga"
Tapi babi turut menari
Ku harungi hari demi hari
Tapi bahawasanya pucuk damai berada di sini

